Tempoh Pertumbuhan Semula

Selain meneruskan aktiviti memajukan hartanah melalui subsidiarinya KSB Hartanah, SHAMELIN mula mengorak langkah memulakan perniagaan skim kemudahan kredit pengguna pada tahun 1996.

Perniagaan skim kemudahan kredit pengguna ini penting bagi mengukuhkan aliran tunai dan meningkatkan perolehan tahunan SHAMELIN.

Melalui tumpuan kepada kedua-dua perniagaan ini, kerugian terkumpul SHAMELIN dapat dihapuskan pada tahun 2003 dan pada tahun 2006 keuntungan terkumpul SHAMELIN ialah sebanyak RM5.358 juta.

Mulai tahun 1999 SHAMELIN berjaya memberi dividen sebanyak 5% kepada anggotanya bertempoh lima (5) tahun berturut-turut dan pada tahun 2004 hingga 2006 SHAMELIN berjaya memberi dividen sebanyak 10% kepada anggotanya.