Tempoh Penstabilan

Tempoh penstabilan bermula pada pertengahan tahun 1989 dengan mengambil langkah-langkah untuk menyelamat dan memulihkan SHAMELIN.

Strategi-strategi yang telah diguna pakai dalam usaha ini ialah :

1. Melantik anggota Lembaga dan pengurusan baru yang kompeten
  • YB Dato’ Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar telah dilantik mengetuai anggota Lembaga yang baru dan seterusnya beliau telah melantik pengurusan baru
  • Pada akhir tahun 1990 jawatan ini telah diambil alih oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar disebabkan beliau telah dilantik untuk menganggotai jemaah menteri
2. Memperkemas dan memantapkan pengawalan kewangan
  • Firma perakaunan, Tetuan Ernst & Whinney telah dilantik sebagai pengawal kewangan
  • Mengadakan pelan-pelan bagi mendapatkan sumber kewangan melalui penyewaan hartanah untuk membiayai kos pentadbiran dan pengurusan
3. Memperkemas rekod-rekod pentadbiran dan pangkalan data anggota
  • Firma perakaunan, Tetuan Ernst & Young telah dilantik untuk mengaudit kedudukan urusan pentadbiran dan kewangan SHAMELIN serta anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat sekutunya
4. Mengadakan rundingan dengan pihak kreditor khususnya institusi-institusi kewangan dalam pengstrukturan pembayaran hutang
  • Rundingan telah dijalankan dengan peminjam sindikit dalam menstruktur pembayaran hutang berjumlah RM130.0 juta. Kemudahan pinjaman sindikit sebanyak RM93.0 juta adalah sebagai pinjaman penyambung dalam membangunkan projek pembangunan Taman Shamelin Perkasa
  • Mengadakan rundingan dengan lain-lain institusi kewangan dalam menstruktur pembayaran hutang pinjaman ke atas pembelian hartanah
  • Mengadakan rundingan dengan pembeli unit-unit kedai, kediaman dan kilang serta jururunding-jururunding dan kontraktor-kontraktor binaan di Taman Shamelin Perkasa, dalam usaha untuk menyelesaikan pembayaran hutang
5. Memfokus kepada memulih dan memajukan projek pembangunan Taman Shamelin Perkasa
  • Meminda Arahan Pembangunan yang telah diluluskan bagi meningkatkan nilai pembangunan kasar. Keperluan ini adalah berkaitan dengan pengstrukturan pembayaran hutang pinjaman sindikit
  • Pindaan-pindaan ke atas Arahan Pembangunan ini adalah sebagaimana ditunjukkan
6. Menjual aset-aset dan membubarkan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu yang tidak berdaya maju
  • Menjual sebahagian aset-aset Kumpulan SHAMELIN (kebanyakannya hartanah), dalam usaha untuk menyelesaikan hutang pinjaman dengan institusi-institusi kewangan
  • Membubarkan atau mendormankan anak-anak syarikat serta syarikat-syarikat bersekutu yang tidak berdaya maju
7. Mengamalkan pengurusan yang telus, profesional dan bertanggungjawab
  • Setiap rundingan dihadiri oleh anggota Lembaga dan pengurusan
  • Kesemua keputusan dibuat oleh Lembaga secara kolektif

Pencapaian

Pinjaman sindikit berjaya diselesaikan pada tahun 1994 sebanyak RM103.0 juta melalui perolehan jualan unit-unit apartmen, kedai pejabat dan kilang ( di bawah Arahan Pembangunan asal ) serta melalui perolehan daripada usaha-usaha yang dijalankan ke atas Tapak-tapak A, B dan C.

 
Klik sini untuk memapar pelan susuratur projek pembangunan taman shamelin perkasa

Setelah keseluruhan tapak pembangunan Taman Shamelin Perkasa dilepaskan gadaian oleh peminjam sindikit, SHAMELIN mengambil langkah untuk menstabilkan kedudukan kerugian terkumpul dengan mengambil alih baki tapak-tapak yang belum dibangunkan daripada anak syarikat, Shamelin Holdings Sdn Bhd, yang telah diberi PA terdahulu pada tahun 1982 bagi memajukan Taman ini, sebagai bayaran hutang kepada SHAMELIN.

Ekoran daripada langkah ini kerugian terkumpul SHAMELIN yang menjunam sebanyak RM78.881 juta dikurangkan kepada RM11.992 juta pada tahun 1997.

Langkah ini penting bagi mendapatkan keyakinan daripada pelabur-pelabur dan juga.