Tempoh Kejatuhan

Tempoh kejatuhan bermula pada tahun 1986 dengan SHAMELIN berkerugian sebanyak RM6.753 juta dan tahun berikutnya berkerugian meningkat kepada RM31.786 juta.

Pada tahun 1989, SHAMELIN terus berkerugian sebanyak RM5.831 juta dan kerugian terkumpul terus meningkat kepada RM49.449 juta. Kerugian terkumpul Kumpulan SHAMELIN pula ialah sebanyak RM158.604 juta berakhir pada 31 Disember 1989.

Jumlah hartanah Kumpulan SHAMELIN ialah sebanyak 56 buah di seluruh negara yang terikat dengan bayaran pinjaman dengan institusi-institusi kewangan sebanyak RM57.725 juta.

Jumlah kes-kes litigasi yang dihadapi oleh Kumpulan SHAMELIN ialah sebanyak 107 kes yang melibatkan keseluruhannya berjumlah RM44.076 juta.

Jumlah anak syarikat ialah sebanyak 12 buah dan jumlah syarikat sekutu ialah sebanyak 6 buah yang menjalankan pelbagai perniagaan antaranya memajukan hartanah, pemegang pelaburan, pengilangan padi, pengilangan serta memproses minyak kelapa sawit, kontraktor binaan, pemborongan bahan dan mesin pembinaan, perkhidmatan jururunding pengurusan, penyewaan kapal, pembiayaan kredit, pembekalan barangan pengguna, menjual dan memajak mesin pertanian dan menyertai tender-tender kerajaan.

Gambaran anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat sekutu SHAMELIN ditunjukkan di carta Kumpulan SHAMELIN. klik disini untuk memapar carta (sebelum kejatuhan) Kumpulan Shamelin

 

Faktor-faktor penyebab kejatuhan dirumuskan seperti berikut:
Faktor Dalaman
  • Projek pembangunan Taman Shamelin Perkasa menghadapi masalah kewangan dan tidak berupaya untuk diteruskan lantaran telah melumpuhkan operasi perniagaan keseluruhan syarikat Kumpulan SHAMELIN.
  • SHAMELIN melakukan pengembangan perniagaan terlalu mendadak yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan tanpa mengambil kira kedudukan dan kemampuan kewangan.
  • SHAMELIN juga telah membeli banyak hartanah di seluruh negara tanpa mengambil kira kedudukan dan kemampuan kewangan.
  • SHAMELIN boros berbelanja, contoh, mempunyai kelab bolasepak yang menyertai pertandingan di peringkat Kelab.
  • Tiada pengawalan pengurusan kewangan dan penggunaan sumber manusia yang baik.
Faktor Luaran
  • Negara mengalami kemelesetan ekonomi