Tabung Pendidikan dan Kebajikan

 

Tabung ini bertujuan memberi sumbangan kebajikan dan pendidikan kepada anggota atau anak-anak anggota yang layak.

Tabung ini juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

Hadiah cemerlang akademik dalam peperiksaan
  1. Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  3. Sijil Menengah Agama (SMA);
  4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);
  5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
  6. Matrikulasi.
 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Anggota :

Telefon
Faks
+ 03 9285 2155
+ 03 9285 5606

Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan Tabung Pendidikan dan Kebajikan

Sumbangan insentif pelajaran kepada anggota atau anak-anak anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Semua institusi pengajian tinggi di dalam negara hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan serta mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Keterangan Kategori Jumlah
Hadiah Cemerlang Akademik PMR
SPM dan SMA
STPM dan STAM
MATRIKULASI
RM 100.00
RM 200.00
RM 300.00
RM 300.00
Sumbangan Insentif Pelajaran Diploma
Diploma Lanjutan
Ijazah
Sarjana
Doktor Falsafah
RM 300.00
RM 500.00
RM 500.00
RM 500.00
RM 500.00

 

Kelayakan

  1. PMR : Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima subjek.
  2. SPM dan SMA : Mendapat sijil penuh dan sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana enam subjek.
  3. STPM dan STAM : Mendapat sekurang-kurangnya 3P dan 2S (termasuk Pengajian Am) dan keutamaan kepada mereka yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi.
  4. Matrikulasi : Mendapat CGPA 3.0 dan ke atas.
  5. Sumbangan : Sumbangan ini hanya dikeluarkan kepada insentif pelajaran anggota-anggota atau anak-anak anggota yang mengikuti pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

 

Pertimbangan Tambahan

  1. Hanya anggota-anggota yang telah genap setahun keanggotaannya di dalam SHAMELIN dan mempunyai syer sekurang-kurangnya RM500.00 sahaja yang layak untuk memohon dari Tabung ini.
  2. Bagi permohonan Hadiah Cemerlang Akademik, hanya keputusan peperiksaan pada tahun semasa sahaja yang layak untuk memohon dari Tabung ini; dan
  3. Bagi permohonan Sumbangan Insentif Pelajaran, hanya tawaran melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi pada tahun semasa sahaja yang layak untuk memohon dari Tabung ini.

 

Permohonan

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang dimajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung yang disediakan. Hantarkan borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen-dokumen yang berkaitan termasuk mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengerusi atau Setiausaha Jawatankuasa Kawasan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung Pendidikan dan Kebajikan.
  2. Tarikh tutup permohonan bagi Hadiah Cemerlang Akademik dalam peperiksaan PMR, SPM, SMA, STPM, STAM dan Matrikulasi ialah tidak melebihi tiga bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diterima manakala bagi Sumbangan Insentif Pelajaran pula tiga bulan dari tarikh penerimaan tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi. Bukti pendaftaran ke institusi-institusi pengajian tinggi berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia diperlukan sebagai sokongan.

 

Perlaksanaan

  1. Setiap kawasan akan diperuntukkan secara sama rata daripada jumlah peruntukan sumbangan pendidikan dan kebajikan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan
  2. Jawatankuasa Kawasan bagi setiap kawasan dipertanggungjawabkan untuk mencari anggota-anggota atau anak-anak anggota yang layak untuk mendapat sumbangan pendidikan dan kebajikan ini.
  3. Kesemua permohonan yang disahkan termasuk surat sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kawasan hendaklah dihantar terus kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung untuk diluluskan.
  4. Setelah mendapat kelulusan, pemberian Hadiah Cemerlang Akademik bagi peperiksaan PMR, PSM, SMA, STPM, STAM hendaklah diadakan semasa Mesyuarat Agung Kawasan dijalankan manakala pemberian Hadiah Cemerlang Akademik bagi peperiksaan Matrikulasi dan Pemberian Sumbangan Insentif Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi dibuat setelah permohonan diluluskan.
  5. Pemberian hadiah cemerlang akademik juga akan diadakan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan.