Tabung Khairat Kematian

 

Skim ini bertujuan untuk menyediakan bantuan dalam bentuk manfaat kewangan kepada anggota melalui bayaran Sumbangan Takaful yang kecil, sebagai suatu langkah ke arah meringankan beban kewangan yang akan ditanggung oleh waris-waris anggota sekiranya berlakunya kematian ke atas diri anggota.

Perlaksanaan

  1. Kadar caruman sebanyak RM10.00 bagi setiap anggota syer yang kurang dari RM199.99. Bayaran sumbangan ini akan ditolak daripada jumlah dividen tahunan sebanyak RM10.00.
  2. Manakala kadar caruman sebanyak RM20.00 bagi setiap anggota syer dari RM200.00 dan ke atas. Bayaran sumbangan ini akan ditolak daripada jumlah dividen tahunan sebanyak RM20.00.
  3. Manfaat perlindungan disediakan kepada anggota sahaja, tidak termasuk ahli keluarga bagi anggota syer yang kurang dari RM199.99. Manfaat Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad berjumlah RM 1,500.00
  4. Manfaat perlindungan disediakan kepada anggota dan juga termasuk ahli keluarga bagi anggota syer RM200.00 dan ke atas. Manfaat Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad berjumlah RM 2,000.00 dan RM2,500.00 bergantung pada kategori masing-masing. Sila lihat Aturan Tabung Khairat Kematian untuk maklumat lanjut.
  5. Tuntutan mestilah dibuat dalam jangka masa 90 hari daripada tarikh kematian tersebut.
 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Anggota :

Telefon
Faks
+ 03 9285 2155
+ 03 9285 5606

Klik di sini untuk memuat turun Borang Tuntutan Pengeluaran Wang Syer Anggota Meninggal Dunia

 

Cara pengeluaran wang syer anggota yang meninggal dunia.

Waris hendaklah menulis surat kepada Koperasi Shamelin Berhad dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Salinan Sijil Kematian (1 salinan)
  2. Sijil Permit Menguburkan (1 salinan)
  3. Salinan Kad Pengenalan Si Mati (jika ada)
  4. Salinan Kad Pengenalan Penama (1 salinan)
    (sekiranya penama tiada, sertakan surat pengesahan dan persetujuan semua keluarga bagi melantik seorang waris)
  5. Sijil Asal Saham
    (sekiranya tiada sertakan surat pengesahan kehilangan)
    Nota : Surat akuan hendaklah disah dan ditandatangani oleh Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau Pesurujaya Sumpah.