Perkhidmatan Rumah Penginapan Airbnb Shamelin Star

 

Koperasi Shamelin Berhad("KSB") kini mengusahakan perniagaan rumah penginapan di bawah jenama Airbnb bagi tiga(3) unit kondominium di Shamelin Star.

Shamelin Star terletak dilokasi yang amat strategik untuk akses kepada kemudahan awam seperti kemudahan LRT, pasar raya, taman awam dan pusat membeli belah.Ketiga-tiga unit Airbnb KSB ini mempunyai keluasan 979 kaki persegi sehingga 1164 kaki persegi.

Antara kemudahan yang terdapat di Shamelin Star ialah gimnasium, kolam renang, tempat barbeque, taman permainan kanak-kanak,bilik permainan, sauna, bilik karaoke dan studio yoga. Kadar sewa untuk setiap unit adalah berbeza bermula daripada RM350 sehingga RM390 satu malam dan kadar sewa ini adalah amat berpatutan jika dibandingkan dengan kemudahan dan kelengkapan yang telah disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi kami di talian 03 - 9285 2155 dan bercakap dengan pegawai kami Encik Fakhruddin Afiq / Cik Hazilawati.