Aturan Tabung Pendidikan dan Kebajikan

1.Nama

  1. Aturan–aturan ini adalah dinamakan aturan-aturan Tabung Pendidikan dan Kebajikan Koperasi Shamelin Berhad.
  2. Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Ketua Pendaftar.
 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Anggota :

Telefon
Faks
+ 03 9285 2155
+ 03 9285 5606

 

2.Tafsiran

Dalam Aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

  1. Akta maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  2. Anggota termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;
  3. Tabung ertinya Tabung Pendidikan dan Kebajikan iaitu satu tabung yang dibentuk untuk pemberian wang sagu hati atau sumbangan kepada anggota-anggota atau anak-anaknya yang layak;
  4. Aturan maknanya Aturan-aturan Skim Khairat Kematian Koperasi;
  5. Koperasi maknanya Koperasi Shamelin Berhad;
  6. Lembaga maknanya Lembaga Koperasi Shamelin Berhad;
  7. Peraturan maknanya Peraturan-peraturan Koperasi 1995 yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  8. Sipenerima maknanya anggota atau waris anggota yang menerima manfaat apabila berlakunya kematian ke atas isteri atau anak anggota, atau diri anggota itu sendiri;
  9. Ketua Pendaftar maknanya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3, Akta Koperasi 1993; dan
  10. Undang-undang Kecil maknanya Undang-undang Kecil Koperasi Shamelin Berhad dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.

 

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan.

3.Tujuan

Tujuan Tabung ini ialah untuk memberi sumbangan kebajikan dan pendidikan kepada anggota-anggota atau anak-anaknya yang layak.

4.Jenis-Jenis

Hadiah cemerlang akademik dalam peperiksaan :

  1. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Sijil Menengah Agama (SMA)
  4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan
  6. Matrikulasi.

 

Sumbangan insentif pelajaran kepada anggota atau anak-anak anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Semua institusi pengajian tinggi di dalam negara hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan serta mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

5.Jumlah Pemberian

Keterangan Kategori Jumlah
Hadiah Cemerlang Akademik PMR
SPM dan SMA
STPM dan STAM
MATRIKULASI
RM 100.00
RM 200.00
RM 300.00
RM 300.00
Sumbangan Insentif Pelajaran Diploma
Diploma Lanjutan
Ijazah
Sarjana
Doktor Falsafah
RM 300.00
RM 500.00
RM 500.00
RM 500.00
RM 500.00

 

6.Kelayakan

  1. PMR : Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima subjek.
  2. SPM dan SMA : Mendapat sijil penuh dan sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana enam subjek.
  3. STPM dan STAM : Mendapat sekurang-kurangnya 3P dan 2S (termasuk Pengajian Am) dan keutamaan kepada mereka yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi.
  4. Matrikulasi : Mendapat CGPA 3.0 dan ke atas.
  5. Sumbangan : Sumbangan ini hanya dikeluarkan kepada insentif pelajaran anggota-anggota atau anak-anak anggota yang mengikuti pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

 

7.Pertimbangan Tambahan

  1. Hanya anggota-anggota yang telah genap setahun keanggotaannya di dalam SHAMELIN sahaja yang layak untuk memohon dari Tabung ini.
  2. (i)Bagi permohonan Hadiah Cemerlang Akademik, hanya keputusan peperiksaan pada tahun semasa sahaja yang layak untuk memohon dari Tabung ini, kecuali bagi keputusan peperiksaan matrikulasi, permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diterima; dan
    (ii)Bagi permohonan Sumbangan Insentif Pelajaran, permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh penerimaan tawaran melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi.
  3. Di samping keputusan akademik yang cemerlang, keutamaan juga akan diberikan kepada calon-calon (anggota atau anak-anak anggota) yang aktif dalam ko-kurikulum dan mempunyai syer di dalam Koperasi sekurang-kurangnya RM500.00.

 

8.Permohonan

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui surat yang dimajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung yang disertakan bersama surat pengesahan dan sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kawasan.
  2. Permohonan bagi Hadiah Cemerlang Akademik dalam peperiksaan PMR, SPM, SMA, STPM dan STAM dan Hadiah Cemerlang Akademik dalam peperiksaan Matrikulasi dan Sumbangan Insentif Pelajaran pula ialah masing-masing tiga (3) bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diterima dan penerimaan tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi serta telah memberikan bukti pendaftaran ke institusi-institusi pengajian tinggi berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

 

8.Perlaksanaan

  1. Setiap kawasan akan diperuntukkan secara sama rata daripada jumlah peruntukan sumbangan pendidikan dan kebajikan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan.
  2. Jawatankuasa Kawasan bagi setiap kawasan dipertanggungjawabkan untuk mencari anggota-anggota atau anak-anak anggota yang layak untuk mendapat sumbangan pendidikan dan kebajikan ini.
  3. Kesemua permohonan yang disahkan termasuk surat sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kawasan hendaklah dihantar terus kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung untuk diluluskan.
  4. Setelah mendapat kelulusan, pemberian Hadiah Cemerlang Akademik bagi peperiksaan PMR, SPM, SMA, STPM dan STAM hendaklah diadakan semasa Mesyuarat Agung Kawasan dijalankan manakala pemberian Hadiah Cemerlang Akademik bagi peperiksaan Matrikulasi dan pemberian Sumbangan Insentif Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi dibuat setelah permohonan diluluskan.
  5. Pemberian hadiah cemerlang akademik juga akan diadakan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan kepada pelajar-pelajar terbaik di kalangan mereka yang berjaya menerima hadiah cemerlang akademik semasa Mesyuarat Agung Kawasan dalam peperiksaan PMR, SPM, SMA, STPM, STAM dan Matrikulasi.

 

8.Perlaksanaan

  1. Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.
  2. Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Ketua Pendaftar bolehlah meminda peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan skim ini.