Aturan Tabung Khairat Kematian

1.Nama

  1. Aturan–aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad.
  2. Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini dan Ketua Pendaftar.
 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Anggota :

Telefon
Faks
+ 03 9285 2155
+ 03 9285 5606

 

2.Tafsiran

Dalam Aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

  1. Akta maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  2. Anggota termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;
  3. Skim ertinya Skim Khairat Kematian iaitu satu skim yang dibentuk untuk memberi perlindungan dengan memberi manfaat kepada anggota atau waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas isteri atau anak anggota, atau diri anggota itu sendiri;
  4. Aturan maknanya Aturan-aturan Skim Khairat Kematian Koperasi;
  5. Koperasi maknanya Koperasi Shamelin Berhad;
  6. Lembaga maknanya Lembaga Koperasi Shamelin Berhad;
  7. Peraturan maknanya Peraturan-peraturan Koperasi 1995 yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  8. Sipenerima maknanya anggota atau waris anggota yang menerima manfaat apabila berlakunya kematian ke atas isteri atau anak anggota, atau diri anggota itu sendiri;
  9. Ketua Pendaftar maknanya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3, Akta Koperasi 1993; dan
  10. Undang-undang Kecil maknanya Undang-undang Kecil Koperasi Shamelin Berhad dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.

 

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan.

3.Tujuan

Tujuan Skim ini ialah untuk memberi perlindungan dengan memberi manfaat kepada anggota sahaja atau waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas isteri atau anak anggota, atau diri anggota itu sendiri.

4.Sumbangan dan Manfaat

(Diluluskan di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Shamelin Berhad Ke-30 pada 22 Jun 2014)

Syer Caruman Manfaat

Kategori 1
Anggota syer kurang dari RM199.99

RM 10.00 RM 1,500.00

Kategori 2
Anggota syer RM200.00 dan ke atas

RM 10.00 RM 20.00

Kategori 2
Anggota syer RM200.00 dan ke atas

RM 10.00 RM2,000.00 dan RM2,500.00

 

Dengan tambahan caruman ini maka manfaat kepada anggota dan waris anggota juga ditambah seperti berikut :

Kategori 1

Bagi anggota yang syer kurang dari RM199.99 dengan caruman sebanyak RM10.00 setahun, manfaat sebanyak RM1,500.00 akan disediakan kepada waris apabila berlakunya kematian ke atas diri anggota.

Kategori 2

Bagi anggota yang syer RM200.00 dan ke atas dengan caruman RM20.00 setahun, manfaat yang akan disediakan kepada anggota atau waris adalah seperti berikut :

a)Sekiranya berlaku kematian ke atas diri anggota itu sendiri, manfaat sebanyak RM2,000.00 akan disediakan kepada waris anggota.

ATAU

b)

  1. Sekiranya isteri pertama atau suami atau anak anggota dibawah 21 tahun dan belum berkahwin meninggal dunia, manfaat sebanyak RM500.00 akan disediakan kepada anggota; dan
  2. Sekiranya anggota itu sendiri pula meninggal dunia pada tahun yang sama selepas berlaku kematian isteri pertama atau suami atau anak dibawah 21 tahun dan belum berkahwin.

ATAU

c)Sekiranya anggota itu sendiri dan isteri pertama atau suami atau anak anggota dibawah 21 tahun dan belum berkahwin meninggal dunia bersama-sama, maka manfaat sebanyak RM2,500.00 akan disediakan kepada waris anggota.

 

5.Kelayakan

Semua anggota yang layak mendapat dividen pada tahun kewangan tersebut.

6.Tuntutan

Sekiranya berlaku kematian ke atas anggota, waris anggota tersebut dikehendaki memaklumkan kepada Koperasi Shamelin Berhad dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan untuk diproses :

  1. Mengisi borang tuntutan yang disediakan;
  2. Salinan kad pengenalan penama/waris yang membuat tuntutan;
  3. Salinan sijil perakuan kematian;
  4. Salinan permit menguburkan;
  5. Surat pengesahan dari Pengerusi atau Setiausaha Jawatankuasa kawasan.

 

Semua tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh enam (3) bulan dari tarikh kematian itu berlaku dan selepas tempoh tersebut tiada sebarang bayaran akan dibuat.

7.Pindaan Kepada Aturan

  1. Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.
  2. Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Ketua Pendaftar bolehlah meminda peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan Skim ini.