Ar-Rahnu Koperasi Shamelin Berhad

 

ATURAN AR-RAHNU KOPERASI SHAMELIN BERHAD

Syarat Penggadai

  • Warganegara dan Bukan Warganegara (Perlu ada Butiran Passport).
  • Lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
  • Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau apa-apa yang memabukkan semasa urusniaga.

 

Upah Simpan

Jumlah Pinjaman Kadar Upah Simpan Bagi Setiap RM100.00 atas Nilai Marhun Sebulan
RM100.00 – RM1,000.00 RM0.65
RM1,000.00 – RM20,000.00 RM0.70

 

Jumlah pinjaman gadaian melebihi RM10,000.00 dikenakan upah simpan semasa gadaian dilakukan. Manakala jumlah pinjaman gadaian yang tidak melebihi RM10,000.00 dibayar semasa proses penebusan dilakukan.

 

Barang Gadaian

Barang gadaian yang boleh diterima adalah meliputi barang kemas yang mempunyai mutu-mutu emas seperti berikut:

Mutu Emas Kandungan Emas
24.0 karat 99.9%
22.8 karat 95.0%
22.0 karat 91.6%
20.0 karat 83.5%
18.0 karat 75.0%

 

  • Lain-lain mutu atau jenis emas iaitu emas paun, emas Kelantan dan emas sembilan hanya boleh diterima mengikut penilaian semasa. Ar-Rahnu KSB tidak akan menerima barang-barang kemas yang rosak dan tidak bermutu. Namun begitu, jika terdapat kerosakan kecil boleh dipertimbangkan.

  • Barang gadaian hendaklah milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau yang terdekat. Surat kebenaran menggadai perlu diserahkan jika barang gadaian bukan milik sendiri.

  • Barang gadaian tersebut mestilah wujud semasa urusniaga gadaian.

  • Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian yang boleh diberi ialah 75% atas nilai marhun atau maksimum RM20,000.00 atau jumlah yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

  • Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian jongkong emas (99.9%) boleh diberi ialah 50% atas nilai marhun atau maksimum RM100,000.00 atau jumlah yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Setiap gadaian jongkong emas hendaklah disertakan dengan surat pengesahan ketulenan jongkong emas dari penilai yang berdaftar di Malaysia.

 

Had dan Margin Pinjaman

  • Seseorang penggadai dibenarkan membuat gadaian lebih daripada sekali dalam satu masa pada hari yang sama dengan jumlah minimum RM100.00 dan jumlah terkumpul pinjaman untuk satu transaksi tidak melebihi RM20,000.00.

  • Jumlah pinjaman terkumpul hendaklah tidak melebihi RM50,000.00 tidak termasuk upah simpan.

  • Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian ialah tidak melebihi atau sehingga 70% daripada nilai marhun barang kemas tersebut.

  • Namun jumlah ini boleh diubah mengikut kesesuaian perniagaan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

 

Tempoh Gadaian

  • Tempoh maksimum gadaian yang diberikan adalah selama 6 bulan.

  • Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, operasi Ar-Rahnu KSB boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 1 bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, peminjam dikehendaki membayar upah simpan.

  • Jika Penggadai masih juga tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh maksimum 1 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan tempoh.

  • Sekiranya tiada permohonan untuk lanjutan tempoh atau upah simpan tidak dibayar, operasi Ar-Rahnu KSB boleh meneruskan tindakan lelongan selepas tempoh maksimum 2 bulan.

  • Namun tempoh gadaian atau tempoh penebusan ini boleh diubah mengikut kesesuaian perniagaan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

 

Kehilangan Surat Akuan Gadaian

  • Penggadai dikehendaki mengisi Surat Pengakuan Kehilangan Surat Akuan Gadaian dan hendaklah dimatikan setem atau disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Ar-Rahnu KSB.

  • Penggadai dikehendaki menebus dan menggadaikan semula barang gadaiannya tanpa menjejaskan nilai marhun dan nilai pinjaman. Penaksir Ar-Rahnu KSB dikehendaki membuat Surat Akuan Gadaian yang baru.

 

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pihak Ar-Rahnu Shamelin
di talian 03 - 9200 1568 atau emel arrahnu@shamelin.com